Selasa, 03 Mei 2011


Kami Tak Suka Pergi CLUBBING Sebab Kami Orang Islam iluvislam.com Cukuplah Kematian Sebagai Peringatan MENJEMPUT KEMATIAN DENGAN HUSNUL KHOTIMAHWahai saudariku, hargailah wajah cantikmu dg tidak memajangnya di Fb Doa doa Sunnah
بسم الله الرحمن الرحيم WANITA SOLEHAH, TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG TIDAK MEMANDANG LELAKI LAIN Wanita Solehah yang sejati menjauhkan diri dari memandang lelaki lain selain suaminya. Dia tidak akan merenung lelaki yang tidak ada kaitan dengannya (iaitu, bukan mahramnya) kerana taat kepada perintah Allah Ta'ala. Firman Allah Ta'ala: "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya.." [QS. An-Nur (24):31] Dengan menahan diri dari memandang lelaki ajnabi (bukan mahram) dia mentaati perintah Allah Ta'ala dan memiliki sifat wanita mulia yang selalu menahan pandangan mata mereka. 

Ini merupakan keperibadian wanita Muslimah yang mulia, solehah dan suci sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah Ta'ala: "Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahu pun jin sebelumnya.." [QS. Ar-Rahman (55):56] ჱܓ Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) bertanya pada Fatimah Az-Zahra ('alaihisallam), "Apakah yang terbaik bagi wanita?" Beliau menjawab, "Iaitu, hendaknya ia tidak melihat kepada lelaki lain dan tidak dilihat lelaki lain" [Bayt Al-Ahzan, Halaman 22] ჱܓ "Muslimah Solehah, Muslimah yang terjaga dan mulia dari pandangan mata ajnabi. 

Muslimah Solehah, Muslimah yang pandangannya terjaga dari memandang yang bukan mahramnya. Muslimah Solehah ketika berdakwah, tak pernah terlihat siapa ia, namun coretan pena dan buah fikirannya bertebaran ke penjuru mata angin, tanpa mengetahui siapa dia" ჱܓ "Bismillah, Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan takwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi. 

Bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghalangkan harum sejati untuk Engkau calonkan dirinya sebagai bidadari Syurga-Mu, amiin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar