Kamis, 05 Mei 2011

19 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADIST RASULLULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASALLAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Bismillahirrahmaanirrahiim....


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang  yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW  akan hal tersebut, jawab baginda ," Ibu lebih  penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan  sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,  darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan  tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu  diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan  bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan  daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak  perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan  atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara  perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan  mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab,  maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji  dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik  kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya  akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua  ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan  bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya  serta menjaga solat dan puasanya.

12.Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada  Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab  Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab  Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam  syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin  dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT  mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti  keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya  yang sakit, makaAllah SWT  memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas  untuk membela agama Allah SWT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar